Thursday, October 28, 2010

Flora From The Jungle (Part 2)

ada orang tu tak sabar-sabar nak tengok sambungan part 2 pokok-pokok yang ada dalam khazanah hutan kita yang semakin pupus disebabkan pembalakan yang berleluasa sejak dulu, kini dan selamanya..hehehe.. pokok-pokok yang ada ni pun diambil dan dijual oleh orang asli dan kemudiannya dijual semula oleh tokeh2 kat nursery tu. walaupun pokok hutan jer tapi harganya agak mahal. ada sekali satu pameran oleh orang asli yang diadakan di jaya jusco, pokok-pokok yang ditunjukkan kat bawah ni dijual dengan harga beratus-ratus ringgit. telan air liur je la..apa lagi..enjoy !yg kat bawah ni intro dia ..

Malaysia's tropical rainforest plants rock the plant kingdom. Among the richest in the world, the flora of lowland and hill forests and montane habitats offer endless evolutionary examples to discover.

From the largest to the smallest, jungle habitats are full of surprises for hikers with observant eyes.

Tropical rainforests swarm with species richness. As a global hot spot, plant biodiversity in the country merits special attention and conservation of these unique life forms to avoid becoming endangered plants.



yang kat atas ni sebenarnya sejenis orkid.bunganya dikatakan orkid terkecil di dunia. nama saintifiknya tak usah tanya la..makcik tak tau. tapi saya sukakan bentuk daunnya yang bergerigi tu..cun!


yang atas ni x pasti nama apa..sapa tau tolong ajarkan ya? ni banyak kat hutan tp sekarang susah nak jumpa..





yang ni orang panggil 'tali kasut' or shoe lace sebab tali nya panjang2 macam tali kasut.

yg atas ni pulak sejenis orkid hutan, dah penah berbunga, warna putih kuning tak ada bau..toke nursery tu jual sekerat-sekerat mcm kat gambar tu..tak ikat dengan kayu atau moss pun.

yang kat atas ni dipanggil janggut sotong..ya ke? entah la..tp memang cantik ..yang ni kecik lagi kalo dah matang panjang berjurai-jurai.yang ni la orang asli kat JJ tu jual dalam RM200.00 sepokok..mak aii!


yg atas ni namanya Ekor Kucing. Yang ini menjadi kesayangan hamba. masa beli dulu x la besar macam ni..cinonit je tapi sembur dengan baja air jepun, makin gemuk dan hijau warnanya. i love u, mwahhs!

so buat masa ni, tu aje yang dapat dipertontonkan. harap yg datng kat sini dari jauh-jauh (Jepun, Indonesia, Thailand etc) berpuas hati sebab sebenarnya kat tempat u all ada banyak lagi bunga-bunga yang lebih cantik dari sini..hehehe..ada ke part 3? haa..tungguuuu! jeng!jeng! jeng!

8 comments:

  1. akhirnya....kau menjelma.hihihi...kita gayat sat...waliz, pokok2 tu tak penah tgk..unik n menarik.n tak sangka pokok utan berharga rupanya...nak msuk utan memang takut...hihihi..tapi kita love flora n fauna.tapi alah pada mereka (_ _).moga utan seluruh dunia dpt dipelihara....

    ReplyDelete
  2. memang, sy yg asal dari kampung pun x penah tengok pokok2 tu..tp satu masa dulu memang jadik trend bela pokok dari hutan2 ni..

    kalo dah alah nak buek macam mano kato org nogori..hiks3

    ReplyDelete
  3. verry beauty language i no undesatd :P but i try to transalte:P

    ReplyDelete
  4. sorry panda..sometimes just feel like writing in my own language..its Malay language.

    ReplyDelete
  5. Wah, wah. Cantiknya tumbuh-tumbuhan hutan. I pun tak pernah tengok. Sayangnya kalau luput dari permukaan bumi kita.

    ReplyDelete
  6. ya autumn, nak dapat pun susah skrg ni .

    ReplyDelete
  7. Tumbuh-tumbuhan ni pun ada macam fesyen juga ikut musim. Saya pun ingat ada satu ketika tumbuhan hutan ni amat popular.

    ReplyDelete
  8. Orkid janggut sotong tu pernah sy ambil dr hutan jeli kelantan. Menumpang di pokok balak. Sayangnya tak hidup.. kalau lah sy tau hrg mcm tu punya mahal...habis sy angkut bw pulang hehe. Orkid yg makcik tak tau nama tu setengah tempat panggil orkid lipan ada juga panggil orkid keris

    ReplyDelete